Hasrat T-Team untuk bergelar juara lebur apabila kelab dari Terengganu ini hanya seri 1-1 dengan Shahzan Muda di Kuantan.

Namun T-Team boleh berbangga kerana menurut beberapa laporan media, hadiah kejuaraan Liga Perdana yang berjumlah RM200,000 menjadi milik mereka kerana Harimau Muda merupakan pasukan jemputan.
Selain itu penyerang T-Team, Mohd Harris turut muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini dengan 24 gol.
Skuad Harimau Muda ternyata berjaya mengetepikan saingan terdekat T-Team untuk menjuarai Liga Perdana setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan terakhir liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Ahad malam.
Kemenangan ini membolehkan Harimau Muda mengumpul 62 mata daripada 20 kemenangan.

Keputusan dua pasukan yang naik ke Liga Super dan dua pasukan yang turun ke Piala FAM bagi musim depan akan hanya diketahui dalam masa terdekat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan format baru pertandingan musim depan.
No comments:
Post a Comment