Monday, August 3, 2009

Adun Kemasik di tahan SPRM?

Sumber: hambali1.blogspot.com/Bernama

Ahli Dewan Undangan Terengganu dikatakan dicekup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Terengganu pagi semalam.

Difahamkan, ADUN berkenaan dari Kemasik.
Menurut beberapa sms, ADUN berkenaan dicekup kerana memohon 10 peratus daripada projek bernilai RM1.5 juta.

Bernama melaporkan ADUN berkenaan ditahan oleh SPRM ditahan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

No comments:

Post a Comment