Sumber: Sinar Harian
Kerajaan Negeri akan meneruskan semua program rasmi yang telah dirancang sebelum ini, meskipun negara kini diancam penularan wabak selesema babi, Influenza A (H1N1).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, program atau majlis rasmi Kerajaan Negeri tidak akan dibatalkan sehingga pihaknya menerima arahan Kementerian Kesihatan agar berbuat demikian.
Menurutnya, sebarang tindakan Kerajaan Negeri terhadap perkembangan itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan kerana mereka lebih arif dan memahami masalah H1N1 berbanding orang ramai.
“Kita menunggu arahan Kementerian Kesihatan, sebab mereka lebih tahu dan buat masa sekarang kita galakkan orang ramai supaya memakai topeng muka bagi mengekang jangkitan wabak itu,” katanya.
:Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Semarak Merdeka 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu di Taman Awam Batu Burok, di di Kuala Terengganu kelmarin,
Sebelum ini, lebih 10 institusi sama ada sekolah, maktab perguruan, kem Pusat Latihan Khidmat Negara dan politeknik di Terengganu ditutup selepas pelajar mempunyai simptom H1N1.
Bagaimanapun, Terengganu setakat ini belum mencatatkan sebarang kematian akibat wabak berkenaan berbanding 59 kematian di seluruh negara.
Ahmad berkata, kerajaan tidak akan menutup sesebuah institusi terutama sekolah dengan sewenang-wenangnya tanpa arahan Kementerian Kesihatan kerana ia hanya akan merugikan pelajar yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Ditanya mengenai sikap peniaga yang menaikkan harga topeng secara mendadak selepas penularan H1N1, Ahmad berkata, perkara itu adalah fenomena biasa apabila wujud permintaan dan penawaran terhadap produk :berke-naan.
“Itu masalah demand and supply (penawaran dan permintaan), kadang-kadang kita rasa ada orang ambil kesempatan atas kesusahan orang lain, ada peluang,” katanya.
No comments:
Post a Comment