Thursday, September 10, 2009

Ahmad Said nafi laporan Berita Harian

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata menafikan kemelut dalaman kepimpinan Umno negeri sekarang berpunca daripadanya.

Ia bukan kerana tindakan beliau tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ini kerana tugas itu sudah diserahkan kepada Ketua Umno Bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Berikutan itu beliau menafikan laporan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bertanggungkawab kepada kedua-duanya.

Beliau menyatakan demikian selepas mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu petang semalam.

Sebenarnya tidak ada jawatan Pengerusi Penyelaras DUN di dalam Perlembagaan Umno dan Barisan Nasional.

Jawatan ini diwujudkan ketika Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad menjadi Menteri Besar untuk memudahkan pengurusan UMNO di peringkat DUN dimana semua Ketua Bahagian melantik sendiri Ahli Jawatankuasa Penyelaras DUN.

“Pada ketika itu, hak melantik Penyelaras DUN diberikan kepada semua lapan Ketua Bahagian. Saya sendiri, sebagai Ketua Bahagian Kemaman semenjak tahun 2000, telah melantik penyelaras-penyelaras DUN di Bahagian saya.

“Menteri Besar tidak ada kena mengena dalam perlantikan Penyelaras DUN dan jawatan ini pula tidak pernah ujud di negeri-negeri lain, kecuali Terengganu.

Oleh itu, laporan Berita Harian tersebut telah memfitnah saya secara terang-terangan dan saya meminta akhbar tersebut memohon maaf diatas laporannya yang tidak berasas,” katanya.

Berikutan itu beliau melahirkan kekecewaan di atas satu laporan akhbar Berita Harian bertarikh 4 Sept, 2009 yang mempunyai unsur fitnah serta laporan yang kurang tepat yang telah menimbulkan persoalan tentang kredibiliti akhbar tersebut.

Beliau menjelaskan, sebelum ini, telah sekian lama beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungan beliau dengan pentadbiran dan politik.

Namun, sikapnya itu dianggap sudah tidak dihormati oleh media.

No comments:

Post a Comment