
Menurutnya, dengan kerjasama Celcom Malaysia Berhad (Celcom), perkhidmatan pembayaran zakat menerusi SMS itu disediakan secara percuma kepada semua pelanggan syarikat

“Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang memperkenalkan pembayaran zakat fitrah melalui SMS dan negeri kelima di Malaysia mengaplikasikan sistem ini selepas Selangor, Melaka, Perlis serta Kedah.
“Umat Islam tidak perlu ragu kerana sistem ini menyediakan akad sama seperti pembayaran zakat fitrah yang dijelaskan melalui kaunter zakat atau amil dilantik Maidam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembayaran Zakat Fitrah melalui SMS di pejabat Maidam, Kompleks Darul Iman, kelmarin.
Turut hadir, Naib Presiden Celcom Kawasan Timur, Datuk Sulaiman Ahmad.
Menurut Mazlan, umat Islam juga tidak perlu merasa was-was untuk menggunakan perkhidmatan itu kerana Celcom mendapat pengiktirafan dan kebenaran Pusat Zakat Negeri untuk memungut fitrah melalui SMS.
Bagi membayar zakat fitrah melalui SMS, umat Islam hanya perlu menaip FITRAH dan hantar ke 21999, kemudian mengikuti arahan diberikan.
Seterusnya, pelanggan akan menerima resit dalam bentuk SMS sebagai bukti pembayaran.
Sekiranya pelanggan mahu mendapatkan bukti resit, mereka perlu mengemas kini alamat di laman web http://mfitrah.celcom.net.my dan Maidam akan menghantarnya melalui pos atau pelanggan juga boleh menghubungi Maidam secara terus.
Sementara itu Mazlan berkata, seramai 1,427 amil dilantik di seluruh Terengganu bagi tahun ini untuk memungut zakat fitrah.
No comments:
Post a Comment