
Ketua Penyelia Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Wan Maznah Wan Nong, 59, berkata, majlis penyampaian bantuan berkenaan akan diadakan bermula Ahad sehingga Khamis minggu hadapan.
“Sempena majlis itu, seramai 2,808 penduduk miskin, 788 warga emas, 258 orang kurang upaya (OKU) dan 506 ibu tunggal akan menerima sumbangan dan penyampaiannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat di setiap kawasan.:
“Dengan bantuan ini kami berharap ia dapat memberi keceriaan kepada semua penerima kurang bernasib baik sekitar kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat APMT diadakan di pusat aktiviti APMT Batu Rakit kelmarin.
Wan Maznah berkata, sumbangan ikhlas itu adalah simbol keprihatinan kerajaan terhadap rakyat kurang kemampuan dan keluarga mereka bagi meringankan beban terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.
“Ini selaras dengan hasrat pucuk pimpinan parti supaya setiap keluarga itu dapat menyambut kedata-ngan Syawal dalam suasana sama seperti keluarga lain,” katanya yang juga memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu.
No comments:
Post a Comment