Kerjasama erat dari segenap lapisan masyarakat terhadap pimpinan kerajaan dan parti amat penting bagi memastikan kemajuan serta pembangunan yang dikecapi oleh negeri ini, dapat diteruskan.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan pusat amat berharap kejayaan yang capai oleh Terengganu selama ini dapat dikekal, diperkukuh serta diperkuatkan.
"Pihak pimpinan pusat melihat betapa kemajuan di Terengganu dapat ditingkatkan dengan menjadikannya sebagai salah satu komponen penting dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan sebab itu peranan Terengganu dalam memainkan sumbangan pembangunan sosial ekonomi tidak boleh diabaikan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil rumah orang tua/anak yatim di Masjid Sultan Mahmud di Kuala Berang petang semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tingkatkan hubungan dan semangat perpaduan sesama kita yang telah terjalin selama ini mesti diperkukuhkan.
Majlis itu dihadiri kira-kira 3,000 pelbagai lapisan masyarakat serta pimpinan Umno negeri termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Ahmad Said.
No comments:
Post a Comment