Friday, September 4, 2009

Jurugambar Utusan menang foto terbaik


Tahniah Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) yang mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Fotografi Sempena Pesta Terengganu 2009.

Semalam keputusan diumumkan dan gambar bertajuk Hanya bayang-bayang II milik jurugambar Utusan Malaysia, Fauzi Baharudin yang muncul foto terbaik pada pertandingan itu.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM1,000 selain dua lagi hadiah saguhati berjumlah RM400.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan serentak dengan majlis berbuka puasa itu berlangsung di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.

Program kali kedua itu dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) dengan kerjasama Kelab Wartawan Terengganu (Kawat).

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib.

Sementara itu tempat kedua disandang oleh Syed Mohd. Azam Tuan Syayed dengan merangkul hadiah wang tunai RM750 dengan tajuk foto Sukarnya lahir sehelai kain manakala tempat ketiga oleh jurukamera RTM, Abdul Aziz Che Man dengan tajuk Goyang Bali, dengan menerima wang tunai RM500.

No comments:

Post a Comment