Tuesday, September 22, 2009

Ramli Nuh kena jawab isu tanah RM500 ribu

Ada tuduhan melalui sebuah blog mengatakan ADUN Tepoh ada membeli sebidang tanah dengan harga RM500 ribu.

Menurut blog berkenaan rakyat dan pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh semakin gelisah apabila disana sini kedengaran cakap-cakap yang wakil rakyatnya tidak lagi ’cakna’ rakyat.

Menurut blog berkenaan: “Rata-rata rakyat DUN Tepoh sekarang rasa, YB tidak lagi seperti dulu, sewaktu penggal pertama menjadi wakil rakyat,”kata seorang ahli Umno yang ditemui blog berkenaan.

Kata blog berkenaan, “...yang paling malang bagi YB Ramli Nuh, ada tuduhan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang sebok mengumpul harta bernilai jutaan ringgit,” kata ahli Umno dan pengundi DUN Tepoh yang tidak mahu dikenali.

Melalui blog berkenaan, beliau mempersoalkan bagaimana dalam masa dua penggal sahaja, Ramli boleh membeli 3 lot tanah dan merancang membina sebuah rumah baru.

”Mu beli tanah RM500,000 dan nak buat rumah RM500,000, ambil pitih mana,”soal ahli Umno tersebut yang ditujukan kepada ADUN Tepoh terbabit.

Berikutan itu, ADUN berkenaan perlu ‘membersihkan namanya’ dan menjelaskan apakah benar tanah itu miliknya dan akan mendirikan rumah berharga yang disebut oleh blog berkenaan.

Nampaknya, ini bukan sekali ADUN berkenaan ‘diserang’ oleh blog berkenaan tetapi sebelum ini blog berkenaan turut mempertikaikan mengenai peribadi ADUN berkenaan.

No comments:

Post a Comment