Tuesday, September 22, 2009

RM6 Juta Untuk Dua Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu

Sumber: Bernama

Pasukan bola sepak Terengganu dan T'Team, masing-masing bakal menerima peruntukan RM3 juta daripada kerajaan negeri untuk menghadapi cabaran liga Malaysia tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata sumbangan itu sebagai menyuntik semangat pengurusan dan pemain-pemain untuk menghadapi kejohanan Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Kita harap kedua-dua pasukan itu mencapai kejayaan dan sekaligus akan mengharumkan nama Terengganu dalam kejohanan tersebut," katanya.
Rahim yang juga Pengurus Pasukan T'Team berkata, tahun ini tugas pasukan T'Team lebih mencabar kerana buat pertama kali pasukan itu akan berentap dalam pertandingan Liga Super.

Beliau berkata ini bermakna T'Team akan berhadapan dengan banyak pasukan terbaik, terutamnya pasukan negeri yang sememangnya hebat dan sukar ditandingi pasukan baru seperti T'Team.

No comments:

Post a Comment