Saturday, September 5, 2009

Rosol : Hishamuddin gagal dan burukkan keadaan

PENDAPAT
Oleh Veteran UMNO

Gagal dan memburukkan keadaan. Loud and clear!

Itulah yang dikatakan oleh ketua kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilabel sebagai penentang kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO negeri berkata kelmarin, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bukan setakat gagal malah juga memburukkan keadaan.

Apakah yang sebenarnya dimahukan oleh kumpulannya?

Ahmad Said letak jawatan atau Perdana Menteri memecat beliau atau sekadar isu perlantikan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik penyelaras DUN?

Rasanya yang pertama itu yang lebih dituntut.

Persoalannya, Ahmad Said tidak boleh berundur kerana beliau mendapat kepercayaan dan perkenan istana. Apakah pemimpin tertinggi UMNO sanggup menghadap pihak istana untuk menggugurkan Ahmad Said?

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memohon perkenan istana supaya melantik Datuk Seri idris Jusoh tetapi yang dilantik Ahmad Said.

Apakah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Hishamuddin akan ikut suruhan Rosol dan kumpulannya mencari pengganti Ahmad Said dan mempersembahkannya kepada istana?

Rasanya dalam konteks ini amat sukar dilakukan.

Rosol menganggap Hishamuddin gagal merujuk kepada usaha Naib Presiden yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri itu memanggil dan mengadakan pertemuan semua wakil rakyat meluahkan perasaan pada Mei lalu.

Menurut Rosol, kalau setakat nak dengar masalah lebih baik tidak payah buat. “Kita sudah serik apabila (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) panggil semua wakil rakyat meluahkan perasaan tidak puas hati (pada Mei lalu), tetapi bukan saja gagal menyelesaikan, sebaliknya memburukkan lagi keadaan."

Beliau mendedahkan demikian seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Akhbar semalam melaporkan Muhyiddin mengakui kemelut dalaman UMNO Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pertemuan Muhyiddin bersama kepemimpinan empat peringkat di UMNO Hulu Terengganu, Kuala Berang, kelmarin sebahagian besar wakil rakyat antaranya Rosol; Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang). Empat Exco iaitu Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai); Dr Abdul Rahman Mokhtar (Kuala Besut) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) juga tidak kelihatan.

Walaupun positif dengan tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman UMNO Terengganu, Rosol jelas berharap pisang tidak berbuah dua kali.

Mereka mahukan pucuk pimpinan tertinggi mengambil langkah proaktif dengan memastikan masalah berlarutan sejak lebih 18 bulan lalu diselesaikan terus, bukan hanya setakat mendengar.

Bagaimana jika soal memaksa Ahmad Said turun gagal dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO?
Apakah mereka akan kecewa pula dengan Muhyiddin?

Dan selepas ini mungkinkah Datum Seri Mohd Najib Razak pula menjadi mangsa serangan dipaksa ‘mengikut telunjuk’ mereka. Apakah Najib akan tunduk?

Kalau tindak tunduk apa pilihan tindakan mereka?

No comments:

Post a Comment