Friday, September 11, 2009

Sisipan Edisi Timur BN dilancar di Chukai

No wonder liputan akhbar Berita Harian terhadap Datuk Mohamed Awang Tera dua muka penuh semalam.

Rupa-rupanya beliau melancarkan Berita Harian Edisi Timur di Kemaman petang semalam.
Pelancaran itu dibuat sempena Program Semarak Ramadan Berita Harian di pekarangan Pejabat DUN Chukai di Kemaman.

Tahniahlah kerana program itu diadakan lebih kurang serentak dengan satu lagi program yang membabitkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Kemaman juga semalam.



















ADUN Chukai , Datuk Mohamed Awang Tera (tengah) menerima ahkbar Berita Harian sempena pelancaran Sisipan Wilayah yang disampaikan oleh Pengerusi PSM Academy (M) Bhd, Maznah Abdullah (Kanan) sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mior Kamarul Shahid (kiri) pada majlis Semarak Ramadan Berita Harian dan pelancaran Berita Harian Edisi Timur peringkat Terengganu di Kemaman petang tadi. - Foto Imran Makhzan


Dilaporkan 200 anak yatim dan 60 penduduk miskin di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai menerima sumbangan.

Sempena program yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mior Kamarul Shahid dan Pengerusi Eksekutif PSM Academy (M) Berhad, Maznah Abdullah, penerima sumbangan turut diraikan pada majlis berbuka puasa.

Terdahulu, Mohamed dengan diiringi Mior Kamarul menyerahkan pek sumbangan merangkumi akhbar Berita Harian, apron dan cenderahati kepada seramai 85 peniaga di Bazar Ramadan Chukai.
Program Semarak Ramadan Berita Harian di DUN Chukai itu adalah yang keenam seumpamanya dan menerima sumbangan tajaan daripada beberapa syarikat korporat termasuk Bank Islam, Bernas, Petronas Gas, Adabi, Yusof Taiyoob dan PSM Academy (M) Berhad.

Sejajar pelancaran Edisi Timur Berita Harian, Mohamed berharap pengurusan Berita Harian dapat melantik agen khas untuk menjual akhbar berkenaan di kawasan luar bandar, bagi memastikan penduduk tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terutama membabitkan sebarang perkembangan sosial, ekonomi dan politik di negeri ini.

Beliau berkata, menyedari wujud jurang sosioekonomi di kalangan penduduk bandar dan luar bandar, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM20 juta untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan penduduk luar bandar, termasuk membina ruang niaga di kawasan luar bandar bagi membolehkan mereka menceburi bidang perniagaan.

“Ketika saya melawat sebuah perkampungan di kawasan pedalaman baru-baru ini, ada penduduk mengadu terpaksa membelanjakan lebih RM10 untuk ke bandar semata-mata untuk membeli senaskhah akhbar yang harganya hanya RM1.50.

“Saya dimaklumkan, penduduk di kawasan luar bandar negeri ini menghadapi kesulitan mendapatkan senaskhah akhbar.
Saya berkeyakinan, penjualan akhbar di kawasan pedalaman mampu membantu penduduk meningkatkan sumber pendapatan dan pengetahuan mereka. Justeru, saya sangat berharap supaya akhbar ini dapat diedar secara lebih menyeluruh termasuk kawasan luar bandar,” katanya.

No comments:

Post a Comment