Thursday, September 3, 2009

Tiga syarikat sumbangan zakat kepada kerajaan negeri

Tiga syarikat semalam menyumbangkan zakat kepada kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Terengganu di Wisma Darul Iman.
Hadir menyaksikan sumbangan ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Ketua Pegawai Eksekutif Wan Harujan Sulaiman menerima sumbangan bagi pihak kerajaan negeri.

Sumbangan yang diterima ialah daripada Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (RM150, 253.03), Golden Pharos Bhd. (GPB) sebanyak RM150,000, dan Maybank Etiqa sebanyak RM122,974.42.

Gambar : Wan Ahmad Nizam (kanan) menyerahkan zakat

Rakyat diwakili Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Che Azmi A. Rahman pula mewakili Pengerusi Kumpulan Pengurusan Kayu-Kayan Terengganu Sdn. Bhd,; Ladang dan Maybank Etiqa oleh Naib Presiden Eksekutifnya, Norlia Mat Yusof.
Azmi (kanan) bagi pihak GPB dan Norlia untuk Maybank Etiqa

No comments:

Post a Comment