Thursday, September 3, 2009

Layan tuntutan ADUN atau keluar Umno

Daripada Malaysiakini

Sembilan orang wakil rakyat Terengganu mahu tuntutan mereka ditunaikan sekiranya UMNO mahu mengelakkan mereka melompat kepada PKR.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata wakil-wakil rakyat berkenaan perlu dilantik sebagai pengerusi penyelaras DUN masing-masing dan juga kuasa untuk menamakan anggota-anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Kedua-dua tuntutan ini, sekiranya ditunaikan, boleh memulihkan semula hubungan antara pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu, katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Wakil rakyat UMNO kini berpecah dua susulan pelantikan mengejut Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar, menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas pilihan raya umum 2008.

Nawi menambah, tuntutan berkenaan akan disuarakan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mengikuti Program Memperkasa Umno Semula di Kuala Berang, hari ini.

Katanya, program yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa lapan bahagian di Terengganu disusun bagi merapatkan semula hubungan antara penyokong Ahmad dengan penyokong Idris.

Selain Muhyiddin, pengerusi perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga naib presiden parti, akan menyertai program bertemu rakyat di Setiu, hari ini.

No comments:

Post a Comment