
“Dalam projek pembangunan kampus tambahan ini, kami akan mencari lokasi terdekat dengan kampus induk bagi memudahkan mobiliti penuntut dan pensyarah, lokasi cadangan adalah di Lembah Bidong.
“Harapan kami agar kampus tambahan ini akan menggunakan pendekatan pembangunan baru yang berbeza iaitu mengambil kira pembangunan bandar setempat supaya masyarakat dapat merasai universiti ini adalah sebahagian daripada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima Sijil Malaysia Book of Records:

Aziz berkata, kewujudan tiga fakulti baru itu bertujuan menampung pertambahan jumlah penuntut setiap tahun.
Menurutnya, sehingga kini UMT memiliki seramai 7,000 penuntut dan pertambahan yang berlaku setiap tahun menyebabkan kawasan kampus semakin sempit.
“Kami menjangkakan pada tahun akan datang, jumlah penuntut meningkat kepada 10,000, justeru, dengan adanya kampus tambahan ini ia mungkin mampu menampung jumlah berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment