
Katanya, penerima bantuan di bawah tanggungjawab sosial Tabung Haji itu terdiri daripada 6,250 melibatkan anak yatim, ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan keluarga termiskin.
"Selain itu, keluarga yang mempunyai tempat tinggal daif serta dan ketua keluarga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap turut diberikan bantuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Program Ihya Ramadan Tabung Haji peringkat negeri di Perumahan Lembaga Tabung Haji Taman Tasek Kuala Besut dekat sini semalam.
Pada majlis itu, seramai 189 penduduk masing-masing menerima RM300 yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.
Ismee berkata, penerima bantuan itu ditawarkan membuka akaun Tabung Haji secara percuma sebagai langkah permulaan untuk menggalakkan tabiat menabung.
Tambahnya, menerusi bantuan di bawah program tersebut, Tabung Haji berharap dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan dan membawa keriangan sama seperti insan lain dalam menyambut kedatangan Ramadan serta Aidilfitri
No comments:
Post a Comment