Mereka adalah daripada 11 penerjun negara manakala empat lagi dari New Zealand, Turki,

Program yang diadakan bersempena Terjunan Antarabangsa Malaysia Menara KL 2009 itu merupakan siri terjunan anjuran Menara Kuala Lumpur yang bermula di Kompleks Teruntum Pahang pada 4 Oktober lalu.
Aktiviti mencabar di WDI bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan dengan disaksikan lebih 500 kakitangan WDI dan pelajar sekolah sekitar Kuala Terengganu.
Sebelum melakukan terjunan, peserta diberi latihan dan taklimat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah merasmikan aktiviti di WDI dengan disaksikan oleh kakitangan dari beberapa jabatan.

Program berlangsung selama 23 hari bermula 3 Oktober lalu berjaya memikat hati penonton kerana turut disertai penerjun profesional tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, sirkit seterusnya akan diadakan di Menara Taming Sari, Melaka pada 11 dan 12 Oktober ini diikuti Menara Alor Setar, Kedah (14, 15 dan 16 Oktober), Menara Komtar, Pulau Pinang (18 Oktober) dan berakhir di Menara KL (23 hingga 25 Oktober).

"Tahun ini kami sasarkan 50 penerjun antarabangsa untuk sertai aktiviti mencabar ini dan sehingga kini ia telah melebihi sasaran dengan jumlah keseluruhan penerjun hampir 100 orang," katanya hari ini.
Beliau mengulas lanjut, sirkit penerjunan waktu malam itu dilakukan setelah mengambil kira faktor ketinggian, keselamatan dan tempat mendarat yang dijamin selamat di samping faktor teknikal lain.
Zulkifli berkata, sejak program itu diperkenalkan sembilan tahun lalu, lebih 100 penerjun antarabangsa antaranya Australia, Jepun, New Zealand, India, Ireland, Singapura, China, Switzerland, Finland, Amerika Syarikat, Rusia, Denmark, United Kingdom dan Malaysia mendaftar menyertai terjunan di Menara KL nanti.
Selain bangunan WDI, aktiviti seumpama itu turut dipertontonkan kepada orang ramai di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu sebelum bertolak destinasi seterusnya iaitu di Menara Taming Sari, Melaka.
Lokasi terakhir penerjun adalah di Menara Kuala Lumpur pada 25 Oktober. Sehingga hari ini lebih 100 peserta pelbagai negara mendaftarkan diri untuk membuat terjunan di menara tertinggi di Asia.
No comments:
Post a Comment