Thursday, October 8, 2009

JKR panggil kontraktor bina masjid Batu Putih

Oleh R.S.N. Murali (The Star)

Jabatan Kerja Raya Terengganu memanggil kontraktor yang membina masjid Batu Putih, Kerteh baru-baru ini untuk maklumat lanjut mengenai bahan digunakan bagi membina bumbung yang menyebabkan berlakunya keruntuhan.

Difahamkan, pegawai JKR turut meminta kontraktor menyediakan maklumat lanjut membabitkan dokumen-dokumen aspek kejuruteraan lain pembinaan masjid berkenaan.
Masjid yang dibina dengan harga RM2.1 juta itu dibuka awal 2008 yang mampu menampung 500 jemaah.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said, yang kecewa dengan kejadian meminta JKR supaya membuat kajian mendalam punca keruntuhan berkenaan.

Jurutera JKR Kemaman, Ir Rosli Daud berkata pasukannya sudah memulakan siasatan.

No comments:

Post a Comment