Acara "KL Tower International Jump Malaysia" 2009 akan berlangsung di empat lokasi baru, termasuk Wisma Darul Iman dan Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu.
Bagi dua lokasi ini penerjunan akan berlangsung esok.
Untuk penerjunan di Wisma Darul Iman, perasmian akan dilakukan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Terjunan kali ini turut menampilkan kelainan dengan mengadakan terjunan pada waktu malam di tiga lokasi iaitu di Menara Taming Sari, Melaka (10-11 Okt), Menara Alor Setar (15-16 Okt) dan Menara Kuala Lumpur (23-25 Okt).
Bagaimanapun di lokasi keempat, iaitu Menara Komtar Pulau Pinang, penerjunan adalah hanya pada waktu siang.
Pengurus Besar Kanan Menara Kuala Lumpur, Fadzil Ibrahim berkata di Kuala Lumpur, Rabu lalu, 30 orang penerjun antarabangsa dan tempatan telah mendaftar untuk melakukan aksi terjun di sebelah malam di tiga lokasi itu.
"Tiga lokasi ini dipilih kerana faktor ketinggian dan tempat mendarat yang selamat selain daripada faktor teknikal yang lain," katanya.
Untuk acara tahunan kali ini, empat lagi lokasi baru diperkenalkan iaitu Kompleks Teruntum, Pahang (4 Okt), Hotel Felda Residence, Terengganu (7 Okt), Gua Damai, Batu Caves, Selangor (20 Okt) dan Wisma Darul Iman, Terengganu (7 Okt).
Fadzil berkata setakat ini 100 orang penerjun dari 23 negara termasuk Malaysia telah mendaftar untuk menyertai sukan ekstrem itu.
No comments:
Post a Comment