
“Isu calon biasanya akan timbul apabila menjelang pilihan raya. Pucuk pimpinan akan pening kepala memikirkan calon sesuai.
“Sebagai organisasi politik, apakah pelan tindakan untuk menguruskan organisasi kita sehingga tiada calon layak? Bagaimana pula dengan ahli UMNO yang ramai, takkan tiada satu pun layak,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin yang ada pula hanya memfokuskan kepada AJK Bahagian

“Adakah ahli yang tidak menjadi AJK Bahagian tidak berpeluang menjadi wakil rakyat? Melihat kepada ‘trend’ ini, selagi individu itu tidak menjadi Ketua Bahagian, selagi itu dia tidak boleh menjadi wakil rakyat.
“Jadi semua orang berebut untuk menjadi Ketua Bahagian sebab nak jadi calon sehingga wujudnya gejala tidak sihat ketika pemilihan UMNO Bahagian yang turut memberi kesan perpecahan kepada parti,” katanya.:
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai UMN0 ketandusan pemimpin pelapis dalam satu temu bual khas bersama :Sinar Harian :selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri di UiTM Dungun, minggu lalu.
Mengulas isu berkenaan, Tengku Yusoff turut menempelak AJK Bahagian yang dikatakan gagal melaksanakan amanah dengan berkesan sehingga ia dilihat seolah-olah tidak berfungsi.:
Beliau berkata, dalam isu ini, Pengerusi Biro dalm UMNO Bahagian kebanyakannya tidak berfungsi dan hanya menurut rentak Ketua Bahagian tanpa memikirkan hala tuju portfolio masing-masing.
“Sepatutnya Ketua Biro ini mempunyai visi dan agendanya tersendiri tanpa bergantung kepada ketua parti di peringkat bahagian. Jika perlu, mungkin kita boleh merujuk atau mengajak individu dari luar parti untuk sama-sama berbincang bagi menggerakkan agenda kita.
“Kadang-kadang inilah masalahnya dalam UMNO, golongan profesional dari luar tidak diberi ruang dan tidak diajak berbincang, mungkin kerana pemikiran orang ini tidak sampai dengan golongan profesional,” katanya.
Sehubungan itu kata Tengku Yusoff, sudah sampai masanya UMNO membuka ruang kepada golongan ini untuk sama-sama menunaikan tanggung jawab kepada rakyat
Beliau berpendapat, budaya politik dalam UMNO yang kadang-kadang hanya untuk orang tertentu sahaja yang mungkin berkepentingan, harus diubah jika ingin melihat parti itu terus relevan dan diterima semua peringkat.
“Kalau UMNO hendak pergi jauh, setiap ahli dan juga pemimpinnya harus kembali kepada nilai-nilai norma, mesti ada jiwa, dan kejujuran dalam perjuangan.
“Jika tidak, masyarakat akan berasa muak dan tersemai cita-cita mengubah selera kepada pembangkang yang akhirnya akan merugikan UMNO dan orang Melayu sendiri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment