Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) Kelantan akan mempastikan lebih 4,000 pesertanya mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tahun depan melalui pemotongan hasil jualan getah.
Pengarah RISDA negeri Khalid Awang Said berkata, caruman itu akan memberi manafaat kepada lebih 20,000 keluarga peserta yang menyertai skim tanaman berkelompok kelolaan agensi itu.
Beliau berkata, agensi itu akan menguruskannya dengan membuat pemotongan antara RM10 hingga RM20 setiap kali mereka menjual hasil getah kepada RISDA selepas mendapat kebenaran daripada mereka.
"Tanpa berbuat demikian agak sukar untuk mereka membuat caruman demi masa depan apabila mencapai umur 55 tahun dan tidak larat lagi untuk mengerjakan ladang,” katanya ketika ditemui semalam.
Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment