Friday, October 2, 2009

Kepekaan Ahmad Said ringankan beban pelajar

Daripada Duniaku…Siapa Yang Tahu.blogspot.com

Alhamdulillah.. saya kagum dengan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan kerajaan negeri Terengganu apabila mengambil berat nasib seorang pelajar berusia 7 tahun yang memerlukan pembedahan jantung berlubang.

Bayangkanlah sekiranya nasib yang sama menimpa anak kita, sudah pasti lah kita berbesar hati, terharu dan berterima kasih banyak2 kepada usaha Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kerana keprihatinan dan inisiatifnya itu.

Beliau bukan sekadar melawat keluarga itu pada Ramadan lalu tetapi juga telah berjanji bagi pihak kerajaan negeri untuk membiayai pembedahan jantung adik Mohd Ayub Mansor, dari Kampung Simpang Tok Ku, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

Jelas janji Datuk Ahmad Said benar dan tertunai! Adik Mohd Ayub selamat dibedah. Usaha dan tawakal sudah dilakukan dan selebihnya berserahlah kepada Allah S.W. untuk menentukan nasib adik Mohd Ayub selepas ini.

Saya sekeluarga mendoakan adik Mohd Ayub Mansor akan kembali sihat. Dia adalah murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga dan menghidap penyakit itu sejak dilahirkan.

Juga telah dinyatakan dalam blog teganuku.blogspot.com bahawa kerajaan negeri Terengganu telah membiayai pembedahan adik Mohd Ayub sebanyak RM30,000.

Pembedahan selama dua jam setengah bermula jam 9.30 pagi semalam berjalan lancar dan selepas ini, adik Mohd Ayub tidak perlu lagi berulang-alik untuk ke Institut Jantung Negara lagi!

Perbedahan yang berlangsung di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur itu akan menjadi sejarah kepada keluarga pelajar berkenaan dan Terengganu amnya kerana keputusan cepat yang dibuat oleh Menteri Besarnya.

Pendapat saya, tidak semestinya pembedahan jantung dilakukan di Institut Jantung Negara sahaja. Masih terdapat hospital2 swasta lain yang prihatin dan berkemampuan menawarkan kepakaran2 mereka untuk membantu! Syabas kepada Datuk Ahmad Said dan juga Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur.. mungkin juga suatu hari nanti, YB Datuk akan mengusahakan pula Pusat Perubatan Jantung di negeri Terengganu! Siapa tau? Kalau benarlah ianya berlaku.. terbuktilah bahawa Datuk Ahmad Said, Menteri Besar negeri Terengganu yang pernah dilabelkan sebagai ‘cap ayam’ oleh orang yang tidak menyenangi beliau, telah berjaya mengamalkan “rakyat didahulukan…” dan mendekati hati rakyat! Syabas sekali lagi..

No comments:

Post a Comment