Wednesday, October 7, 2009

Klon Salak Terengganu dilancar

Kerajaan Terengganu akan mengambil inisiatif untuk memajukan lagi pengeluaran buah salak dan menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran buah salak negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat berkata, Jabatan Pertanian Terengganu akan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan tanaman salak sebagai satu lagi tanaman pengeluaran makanan negeri Terengganu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Klon Salak Terengganu di Stesen Mardi Jerangau dekat sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri sedang menimbang memberi peruntukan khas kepada petani-petani di Terengganu bagi membolehkan mereka menanam pokok salak secara besar-besaran.

Sementara itu, Ketua Pengarah Mardi, Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman berkata, Mardi telah berjaya membuat penyelidikan klon Salak Terengganu yang dijalankan di Stesen Mardi Jerangau sejak tahun 1990.

Beliau juga berkata, kawasan tanaman salak di Semenanjung Malaysia hanya sekitar 2,000 hektar yang mengeluarkan hasil kira-kira 2,700 tan metrik manakala permintaan dijangka meningkat lebih 3,000 tan metrik pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment