
Tidak terkecuali hotel bertaraf lima bintang, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu di sini yang mengadakan Majlis Jamuan Teh bagi meraikan murid-murid istimewa di hotel berkenaan petang kelmarin.
Seramai 120 murid istimewa dari sekitar Kuala Terengganu diraikan dengan jamuan istimewa selain menerima duit raya sumbangan hotel tersebut.
Selain itu, murid-murid terlibat turut teruja apabila diberi peluang melawat bilik penginapan termasuk bilik eksklusif deluxe dan suite di hotel itu.
Terdahulu, Pengurus Besar hotel, Marzuki Husin berkata, aktiviti meraikan murid-murid istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri seumpama itu merupakan program tahunan sejak tahun 1996.
Katanya, ia diadakan untuk meraikan murid-murid istimewa di samping memberi peluang kepada mereka merasai suasana eksklusif seperti di hotel.
Murid istimewa dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 dan Sekolah Kebangsaan Gelugor itu turut mengadakan persembahan nyanyian.
Hadir sama Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ngah Bidin.
No comments:
Post a Comment