Sunday, October 25, 2009

Menteri Besar ‘pulang’ ke USM

Selepas 26 tahun meninggalkan kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said ‘pulang’ semula ke kampus tersebut bagi menghadiri Program Alumni USM malam semalam.

Wajah Dato’ Ahmad Said jelas keriangan apabila beliau berkesempatan bertemu semula rakan-rakan lama yang turut hadir pada majlis berkenaan yang diadakan khusus bagi mengeratkan silaturahim di kalangan bekas pelajar USM.

Malam sebelumnya, Dato’ Ahmad menghadiri majlis ramah mesra mahasiswa/i dan pensyarah USM dari Terengganu dengan Menteri Besar di kampus berkenaan di mana beliau banyak mengimbau sejarahnya ketika menuntut di USM.

Isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud turut hadir pada kedua-dua majlis berkenaan.

Sewaktu menuntut di USM, Dato’ Ahmad mengambil bidang Sains Politik dan turut memegang pelbagai jawatan penting dalam persatuan anak Terengganu dan perwakilan pelajar USM.

No comments:

Post a Comment