Saturday, October 31, 2009

Peluang Latihan Kemahiran Untuk Pelajar Terengganu

Kerajaan Terengganu memberi pendedahan kepada bidang kemahiran untuk pelajar yang kurang menyerlah dalam bidang akademik supaya mereka tidak terjebak dalam sebarang gejala sosial.


Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pelajar-pelajar tingkatan lima ini akan ditempatkan di pusat-pusat latihan kemahiran dalam negeri.

"Tumpuan bukan untuk pelajar cemerlang sahaja, malah pelajar yang gagal juga akan diberi peluang kedua apabila kerajaan mengadakan satu pakej latihan tiga hari dua malam untuk menempatkan mereka di institusi atau pusat-pusat latihan kemahiran sebagai pendedahan.

"Program akan bermula akhir tahun ini, dan di peringkat permulaan ia akan melibatkan sekolah-sekolah menengah sekitar Kuala Terengganu dengan kumpulan sasar pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran pada peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kem Membaca 1 Malaysia peringkat negeri Terengganu semalam.
Katanya program ini dibuat bagi mendorong pelajar berkenaan memilih bidang kemahiran yang mereka minati setelah tamat persekolahan nanti.

No comments:

Post a Comment