Semua persatuan sukan dinasihati supaya menjalin hubungan baik dengan media walaupun kadangkala mereka terpaksa menghatungi pelbagai kritikan yang dipaparkan media.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kritikan terhadap persatuan adalah rencah dan permainan dalam industri sukan yang harus dihadapi dengan tabah.
"Walaupun ada kalanya media mengkritik persatuan, tetapi kritikan itu sebenarnya menjadikan sukan tersebut lebih diminati. Jadi kena sabarlah kerana kalau ada kontroversi, orang akan ikut dan akan baca, ada isu maknanya mereka masih diminati," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Kemaman peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah laporan sebuah akhbar semalam yang menyatakan pengurusan skuad hoki negara seolah-olah perang dingin dengan media apabila bersikap tidak profesional dengan berdolak-dalik ketika hendak memberikan maklumat yang dikehendaki.
"Dalam konteks kekuatan industri sukan, media mamainkan peranan besar, jadi saya harap mereka tidak berbalah dengan media, walaupun ada kalanya teguran itu agak pahit," katanya.

No comments:
Post a Comment