Sunday, October 25, 2009

Universiti Tempatan Kaji Punca, Selesai Masalah Dadah

Beberapa universiti di negara ini giat menjalankan kajian berhubung punca dan cara penyelesaian masalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) T.Sinnathambi berkata kajian seumpama itu tidak banyak dibuat di negara ini berbanding luar negara.

"Universiti-universiti berkenaan mengambil peranan mengkaji kenapa dan bagaimana masyarat terjerumus dengan penyalahgunaan dadah," katanya selepas Karnival Anti Dadah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat negeri Terengganu, semalam.

Karnival selama empat hari itu disertai pelbagai institusi pengajian tinggi di Terengganu.
Selain itu, Sinnathambi berkata AADK mencari jalan bagaimana hendak memastikan penagih dadah pulih dan mengelak mereka yang cenderung atau berpotensi menjadi penagih daripada berbuat demikian.

Beliau berkata tindakan yang dijalankan AADK dalam masyarakat selama ini adalah untuk menyedar, mendidik dan mendapatkan sokongan agar gejala dadah tidak berterusan menular.

No comments:

Post a Comment