Khabarnya Kerajaan Negeri sejak lebih sebulan lalu sudah memikirkan jenis bantuan dan pembelaan terhadap pemain bolasepak negara 1970-an, Yahya Jusoh.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dikatakan sudah dimaklumkan mengenai keadaan Yahya dan sepatutnya beliau mengunjungi Yahya beberapa hari lalu.
Apapun, Yahya dijangka akan dikunjungi Menteri Besar tidak lama lagi.
Berita Harian minggu lalu bekas tonggak pertahanan skuad bola sepak negara pada era gemilang 1970-an, Yahya Jusoh, kini lumpuh angkara sakit saraf sejak dua minggu lalu.
“Pada mulanya, selepas berasa kebas pada kedua-dua tangan, saya jalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Ketika itu, saya masih boleh berjalan dan memandu kereta. Tetapi sejak 10 Oktober lalu, keadaan saya jadi lebih buruk .
“Saya sudah berubat pelbagai cara termasuk menggunakan kaedah tradisonal di merata tempat termasuk di Kelantan dan Pahang tetapi masih belum ada perubahan hingga kini,” katanya.
Ramai rakan yang pernah beraksi bersamanya dalam skuad Terengganu serta kebangsaan seperti Zulkifli Hamzah, Zubir Ibrahim, Nasir Jalil dan Othman Mat Kia sudahpun berkunjung apabila mengetahui keadaan terbarunya itu.
Yahya mula mewakili negara pada tahun 1971 bersama generasi pemain hebat seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari serta beberapa kali memenangi pingat emas Sukan Sea serta Pestabola Merdeka.
Antara kejohanan utama lain yang disertainya termasuklah pusingan kelayakan Sukan Olimpik, Piala Raja Thai serta Sukan Asia.
No comments:
Post a Comment