
"Berdasarkan perbincangan antara pihak keselamatan Indonesia dan juga Konsul Malaysia di sana, kita yakin mereka dapat balik ke Terengganu dalam minggu ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Keempat-empat nelayan berkenaan ialah awak-awak Musa Mohamad, 33; Akhmadi Daud, 28; Mohd Ariff Rosli, 20; dan Ahmad Faizul Sulung, 23 tahun.
Mohd Nasir berkata, beliau difahamkan daripada perbincangan kedua-dua pihak, nelayan berkenaan telah tersilap memasuki kawasan Perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang dijaga Indonesia.
Beliau bersama Pergerakan Puteri Umno Kuala Nerus telah pergi ke Pontianak empat hari lalu bagi meninjau dan mengetahui keadaan sebenar lima nelayan dari Seberang Takir itu.
"Saya difahamkan (seorang lagi nelayan) Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, yang juga tekong bagi bot nelayan terbabit perlu menjalani proses undang-undang terlebih dahulu sebelum dibebaskan.
"Saya berharap keluarga beliau tidak terlalu bimbang kerana kecederaan yang dialami akibat terkena tembakan di lengan sebelah kirinya sudah beransur pulih," katanya.
Lima nelayan itu ditahan pihak berkuasa Indonesia ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan berhampiran pelantar Minyak Berlumut, kira-kira 150 batu nautika dari Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment