Thursday, November 26, 2009

Irfan Bakti Sasar Satu Piala Buat Terengganu

Jurulatih pasukan bolasepak Terengganu yang baru, Irfan Bakti Abu Samah meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala buat pasukan itu dalam kempen saingan Liga Malaysia 2010.


Irfan Bakti yang pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan dan Telekom Melaka berkata, beliau cukup gembira apabila ditawarkan untuk melatih pasukan Terengganu.

"Saya tidak akan sia-siakan amanah persatuan, tambahan pula sebahagian besar daripada pemain-pemain Terengganu saya kenal dan pernah saya bimbing, jadi, tidak ada masalah untuk saya membimbing pasukan ini," katanya.

Irfan Bakti yang sebelum ini membimbing pasukan Perlis, berkata kesediaannya melatih pasukan Terengganu musim depan kerana mendapati pasukan itu mempunyai potensi dan barisan pemain berkualiti.

"Jadi itu sasaran saya. Kalau tidak tercapai sasaran itu, bermakna saya gagal," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontraknya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tahun depan.

Beliau juga yakin kedudukan kewangan yang PBSNT yang kukuh memudahkan laluan Terengganu untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan terbaik tahun depan.

PBSNT menyediakan bajet sebanyak RM3 juta untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan, berbanding RM2 juta tahun ini.

No comments:

Post a Comment