Wednesday, November 25, 2009

KDN cadang JPAM, Rela diberi peranan lebih penting

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan peranan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikaji semula bagi menarik minat dan penglibatan lebih ramai golongan
muda.


Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peranan lebih penting dan spesifik perlu diberi kepada dua jabatan berkenaan yang dilihat berkebolehan dalam memikul tanggungjawab masing-masing, terutama dalam hal berkaitan bencana dan permasalahan sosial.

"Kita nak menyusun semula kedudukan pasukan itu selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa,” katanya ketika melawat mangsa banjir di Kampung Bukit Tadok di Hulu Terengganu semalam.

Hishammuddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, berkata, anggota pasukan keselamatan akan ditambah mengikut keperluan bagi membantu mangsa banjir sekiranya keadaan banjir di negeri itu bertambah buruk. - Bernama

No comments:

Post a Comment