Monday, November 23, 2009

Kursus berkonsepkan ‘Satu Terengganu’ perlu disertai semua

Kerajaan Negeri diharap dapat mengambil langkah proaktif memperluaskan penyertaan dalam Kursus Kecemerlangan Keterampilan dan Kewujudan Diri dalam Pengurusan Pentadbiran kepada rakyat negeri ini

termasuk pekerja di sektor swasta dan tidak lagi terhad kepada kakitangan kerajaan kumpulan C sahaja seperti sebelum ini.

Pengarah Urusan Naw K Adis Heritage, Wan Ahmad Ismail berkata, kursus berkenaan yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan dikendalikan pihaknya perlu diperluaskan kepada semua dalam usaha memupuk rasa cinta rakyat terhadap kepimpinan negeri.

“Kursus ini perlu diperluaskan seiring dengan usaha kita memperkenalkan konsep ‘Satu Terengganu’ dalam modul kursus ini yang mana konsep ini baru diperkenalkan bermula tahun ini.

“Konsep ‘Satu Terengganu’ membawa maksud satu kerajaan, satu pentadbiran, satu kepimpinan, pelanggan didahulukan dan perkhidmatan diutamakan,” katanya.

Menurutnya, usaha memperluaskan kursus berkenaan bakal memberi manfaat kepada semua pihak dan tidak terhad kepada kakitangan kerajaan kumpulan C sahaja.

“Agensi swasta juga perlu menyertai kursus ini yang mampu memberi input yang baik kepada mereka dan kepimpinan negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment