
“Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untuk dimakan, tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaik-nya apabila pulang ke rumah, ia hendaklah dimasak semula dan dimakan semasa ia masih panas.
“Ini sebab kita bimbang semasa proses pembungkusan ia juga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yang menyebabkan taun,” katanya di Kuala Terengganu.
Kata Dr Nordiyanah, pihaknya juga tidak menge-luarkan sebarang arahan melarang atau menarik balik bahan makanan kegemaran ramai itu yang telah diedarkan di pasar kerana ia bukan tidak boleh dimakan, cuma perlu dimasak semula de-ngan sempurna.
Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makan keropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pasti sebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri ini sekarang.
Persatuan Pengguna Terengganu juga dilaporkan menyarankan orang ramai tidak membeli keropok lekor atau keropok berasaskan ikan buat sementara waktu bagi mengelak jangkitan taun.
No comments:
Post a Comment