Tuesday, December 1, 2009

Agong Selamat Jalani Pembedahan Lutut Di Jerman


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen di Munich, Jerman semalam.

Seri Paduka Baginda juga turut menzahirkan penghargaan Baginda kepada seluruh rakyat atas doa serta ingatan tulus ikhlas mereka sepanjang Baginda menjalani rawatan di pusat tersebut.

Sepanjang rawatan tersebut, Seri Paduka Baginda ditemani oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda Baginda.

Istana Negara dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Baginda kini sedang menjalani proses pemulihan di pusat perubatan tersebut dan dijangka dibenarkan keluar dalam jangka waktu terdekat.

Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan pusat tersebut yang diketuai Prof Andreas B. Imhoff.

Seri Paduka Baginda dijangka berangkat kembali ke tanah air pada 12 Disember ini.

No comments:

Post a Comment