Saturday, December 5, 2009

Banjir Di Terengganu Beransur Reda

Gambar: Shuhaimi Ahmad

Banjir di seluruh Terengganu semakin reda dan mangsa dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekiranya cuaca bertambah baik hari ini.


Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan hari ini ialah 2,205 orang dengan Kemaman mencatatkan 1,306 orang diikuti Dungun (462), Kuala Terengganu (248), Hulu Terengganu (82), Setiu (80) dan Marang (47).

Beliau berkata jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dan Kuala Terengganu-Kota Baharu masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Bagaimanapun terdapat 18 jalan negeri masih dinaiki air dan ditutup sama ada kepada kenderaan ringan atau berat iaitu di Kemaman (11), Hulu Terengganu (lima) dan Dungun (dua), katanya.

Paras air di semua sungai utama di Terengganu pagi ini berada di paras biasa.

No comments:

Post a Comment