Friday, December 4, 2009

Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat


GEMBIRA: (Dari kiri) Alias Mohd Nor Taib, 70, Ismail Saleh, 73, dan Harun Mohamad, 65, gembira menerima sumbangan wang sebanyak RM300 setiap orang pada majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, Terengganu. - Foto Berita Harian 

Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 3,608 pagi ini berbanding 2,451 orang semalam.


Daripada jumlah itu, Kemaman mencatat angka tertinggi dengan 2,161 orang diikuti Dungun (599), Marang (329), Besut (51), Kuala Terengganu (248), Setiu (113) dan Hulu Terengganu (107) dan Besut (51).

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, semua jalan utama boleh dilalui tetapi beberapa jalan kampung di Marang, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun masih ditutup.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu keseluruhannya turun sejak semalam walaupun ada yang masih pada paras bahaya.

jurucakap jabatan itu berkata, bacaan paras sungai pada 9 pagi ini menunjukkan paras air di Sungai Dungun di Jambatan Jerangau ialah 12.38 meter (bahaya 12.20 meter) dan Sungai Berang di Pengkalan Ajal 16.15 meter (bahaya 16 meter).

No comments:

Post a Comment