Kerajaan perlu mewujudkan dasar perlindungan supaya industri pengeluaran produk halal, khususnya di negeri ini tidak dicerobohi golongan kapitalis atau ‘big player’.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), Datuk Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata, ‘big player’ perlu dikawal supaya usaha kerajaan menggalakkan lebih ramai usahawan Islam
mengeluarkan produk halal dapat direalisasikan.
“Kita mahu melihat lebih ramai orang Islam mengeluarkan produk halal untuk keperluan orang Islam, apatah lagi pasaran produk halal
ini sangat luas, mengambil kira bilangan umat Islam seluruh dunia, kira-kira tiga bilion.
“Negara kita adalah lokasi strategik dan tepat bagi pengeluaran produk halal domestik, serantau dan global.
"Kita juga berhasrat menjadi hab bagi produk halal ini, namun dalam usaha ke arah itu kita juga perlu sedar bahawa kita turut
mempunyai pesaing pasaran produk ini seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Produk Halal Program Mentor Makanan dan Minuman Nestle-Nasmec-Hdc (Program Pengenalan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana) di Batu Burok Beach Resort, kelmarin.
Turut hadir, Pengurus Besar Nasmec, JS Robert dan Pengarah Matrade Wilayah Timur, Hasziah Mohd Yazid.
Tengku Ismail berkata, konsep halal berkenaan bukan hanya merangkumi produk makanan dan minuman sahaja, malah turut
membabitkan produk gunaan seperti barangan ’konsumer’, perbankan dan sebagainya.
Menurutnya, dalam usaha kerajaan menggalakkan lebih ramai menceburi industri produk halal, ancaman kewujudan ‘big player’ perlu
diambil berat, bukan dalam sektor pengeluaran produk halal sahaja tetapi dalam bidang lain seperti peruncitan dan pembinaan.
“Misalnya di negeri ini, hasrat kerajaan menggalakkan pertumbuhan peruncit gagal kerana adanya ‘big player’ yang memonopoli
pasaran peruncitan,” katanya.
Sementara itu, Tengku Ismail berkata, seminar berkenaan diadakan bertujuan meningkatkan penyertaan pemain tempatan dalam
industri produk halal dengan memberi tumpuan terhadap aspel ‘knowlegde building’ dan ‘capacity building’.
No comments:
Post a Comment