Monday, December 21, 2009

Sidang DUN Terengganu tiga hari

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bermula hari ini selama tiga hari.


Sidang kali ini membabitkan pembentangan Bajet 2010 yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Bajet kali ini dijangka akan menekankan kebajikan rakyat selain fokus utama pembangunan ialah sektor pelancongan.

Pembangunan Tasik Kenyir dijangka akan diperkatakan dengan mendalam melalui Bajet kali ini selain menekankan kepentingan membasmi kemiskinan dan bantuan pendidikan.

Pembentangan dijangka dimulakan kira-kira jam 10.40 pagi ini dan perbahasan dijangka bermula selepas itu selama tiga hari sebelum penggulungan dijangka dibuat, Rabu ini.

Kesemua wakil Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dijangka hadir.
Satu diskusi Bajet akan turut diadakan petang ini antara Menteri Besar dan wakil media tempatan.

No comments:

Post a Comment