
Dr Abd Rahman berkata sepanjang tempoh itu kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil langkah pengawasan yang ketat untuk mengelak wabak itu merebak termasuk menutup premis kedai makan, kilang ais dan premis keropok lekor.
"Kriteria penutupan premis makanan dan keropok lekor bukan 100 peratus bergantung terhadap keputusan positif atau negatif (taun), tetapi jika Jabatan Kesihatan tidak puas hati dengan cara pengendalian pemakanan, arahan tutup dikeluarkan untuk mengelak perebakan wabak dan keracunan makanan.
"Ia hanya dibuka semula selepas jabatan merasa yakin premis mereka bersih," katanya," katanya menjawab soalan di sidang DUN Terengganu semalam.
Beliau berkata secara hipotesis, Jabatan Kesihatan mengesyaki wabak taun itu berpunca daripada pendaratan bot nelayan di Pelabuhan Chendering yang dipercayai mempunyai pembawa kuman taun di kalangan awak-awak yang berasal dari selatan Thailand.
No comments:
Post a Comment