Wednesday, December 23, 2009

TAK BERBEKAS PUN....

Apabila Datuk Ahmad Said kata ‘saya tidak kisah’.
Beliau tidak kisah orang kritik beliau atau memang beliau tidak kisah soal kepentingan rakyat.


Keterangan gambar: Ahmad Said melawat kawasan diwakili Alias Abdullah beberapa bulan lalu.

Saya Nampak Ahmad Said ‘tak kisah’ialah apa yang orang mahu katakana mengenai beliau.
Hakikatnya Ahmad Said berani berdepan dan dalam gelanggang apa pun.
Baginya apa juga soalan yang seolah-olah mahu mencari kelemahan Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya, Ahmad tidak gudar kerana sudah mempunyai jawapan tertentu untuk soalan itu.
“Saya tidak kisah kalau soalan diajukan sengaja untuk mencari kelemahan kerana kita telah mempunyai jawapan untuk disuarakan, tetapi jika mereka sendiri tidak datang ke sidang DUN sebelum ini...tidak datang ke pejabat...bagaimana nak dapatkan maklumat. Perkara ini ‘simple’ sahaja akhirnya ia akan terpercik ke muka sendiri dan menggambarkan kedangkalan kita,” katanya.

Mengulas mengenai soalan bertubi-tubi yang diajukan seolah-olah sebagai tanda protes secara terbuka oleh sebahagian bekas kumpulan ‘10 Budak Hitam’, Ahmad berkata, beliau tiada masalah dengan soalan berkenaan kerana sebagai ketua kerajaan beliau telah mengambil

Bukan hari pertama sahaja beliau ‘diserang’, tetapi pada hari yang kedua, orang yang sama, iaitu Alias Abdullah (Alor Limbat) terus menyerang beliau dengan soalan-soalan yang rasanya pelik untuk dikemukakan di persidangan kerana ia boleh diatasi melalui cara lain.

Ada orang mengatakan Alias mengadu sukar jumpa Menteri Besar. Tetapi apa yang jelas, ramai Adun yang datang bertemu Ahmad Said, lepas saja dan Setiausaha Sulit Kanan ataujuga Setiausaha Sulit memberikan keistimewaan untuk YB-YB melalui lane khas.

Kalaupun tidak ada bak kata Setiausaha Politik Menteri Besar yang masih ada di Madinah – Wan Mohd Nizam Wan – mereka boleh berjumpa dengan beliau. Mereka ini semuanya geng ‘wakil rakyat’.
“Äpa masalahnya?” tanya Ahmad Nizam yang akan pulang 26 Disember ini.

Hakikatnya, tidak payahlah Yang Berhormat itu cuba menunjukkan ‘kejantanan’di persidangan DUN kerana apa juga permohonan atau bantuan, Ahmad Said boleh pertimbangkan jika Alias benar ikhlas?
Kenapa tidak ada pada pre-council dan pertemuan-pertemuan lain dengan Menteri Besar?

Kalau sesiapa pun menjadi Menteri Besar tetapi mempunyai penyokong kerajaan yang tidak menunjukkan sikap ‘tidak menyokong kerajaan’, segalanya membuka ruang untuk pembangkang menghentam BN.
Sedangkan hakikatnya kini hanya empat lima kerat sahaja yang ‘tak setuju angin’dengan Mat Said. Yang lain sudah kembali ke pangkal jalan.

Apapaun, seperti biasa Ahmad Said tenang dan terbuka.
Baginya, perubahan yang berlaku pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini yang lebih rancak dan sedikit ‘panas’ berbanding sebelumnya sebagai satu petanda baik.

Menurut Ahmad Said, apa yang penting suasana kemeriahan persidangan berkenaan patut digunakan sebaik mungkin oleh ADUN bagi menyuarakan kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

“Ini adalah satu petanda baik, walaupun kadang kala kita lihat cara soalan dikemukakan tidak seharusnya dilakukan oleh wakil rakyat kerajaan...seolah-olah sebagai parti pembangkang...tapi kita tidak kisah.

“Menerusi hujah mereka, kita boleh melihat bagaimana kematangan bukan sahaja dalam kalangan wakil rakyat, tetapi juga keintelektualan pihak kerajaan menjawab soalan serta keintelektualan pembangkang mengemukakan soalan,” katanya.

No comments:

Post a Comment