Seramai 21,155 murid Tahun Satu di seluruh Terengganu memulakan penggal persekolahan hari ini.
Kelihatan murid Tahun Satu, Salahuddin Ayub Abdul Rahman (duduk) mewarnakan lukisan sambil diperhatikan oleh Guru Bahasa Melayu, Rosina Ariffin pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu, semalam,
Turut memerhatikan rakan-rakan barunya (dari kiri) Nurul Ain Amira Alif, Mohamad Hafiazizan Roslan dan Mohamad Akif Shafari. Sekolah yang terletak di tengah-tengah bandaraya ini hanya mempunyai satu kelas bagi Tahun Satu dengan jumlah muridnya seramai 15 orang.
FotoBERNAMA
No comments:
Post a Comment