Bersabarlah…hari yang dinanti akan datang juga.
Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu sudah menetapkan 9 hingga 11 Februari depan sebagai tarikh menentukan sama ada benar atau tidak Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu memfitnah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah.
Pada tarikh tersebut Wan Ahamad yang kini menjawat Timbalan Setiausaha Kerajaan mungkin sudah berada di tanah air.
Beliau masih mengikuti kursus di London Business School yang dinobatkan sebagai antara sekolah pengajian perniagaan terbaik dunia.
Perbicaraan Selasa (19 Januari 2010) lalu membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang berdepan empat pertuduhan melakukan ugutan jenayah menerusi SMS tahun lalu, kini dibawa ke tarikh baru itu.
Mengikut kertas pertuduhan, tiga tuduhan lain ialah tertuduh melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah dengan niat menyebabkan kegentaran kepadanya di Kampung Kubang Parit, di sini, jam 11.20 malam, pada 13 April lalu.
Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Permaisuri, Abd Halim Jusoh di tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda.
Hakim, Mohd Khalid Ab Karim menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini berikutan tertuduh tidak dapat hadir kerana dirawat di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) akibat menghidap tonsil dan demam panas sejak Jumaat lalu.
No comments:
Post a Comment