Pembedahan ke atas adik Mohd Khaidill dilakukan di dewan bedah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang diketuai oleh pakar pembedahan jantung, Dr David Khoo Sin Kiat. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Sumber: UKOM
Adik Mohd Khaidill Sharifudin, 3, selamat menjalani pembedahan jantung berlubang dan membesarkan saluran injap Rabu, 20 Januari 2010 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi oleh Radio Terengganu FM, Encik Sharifudin bapa kepada Mohd Khaidill mengucapkan terima kasih di atas jasa baik Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kerana sokongan yang nmembolehkan kos rawatan anaknya itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Keadaan pesakit jantung berlubang itu stabil dan baik selepas menjalani sesi pembedahan yang bermula pada jam 9.45 pagi.
“Dikesempatan ini, saya juga berterimakasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, terutama kepada pemimpin nombor satu, Dato’ Ahmad Said, kerana begitu cakna soal kebajikan rakyat sehingga sanggup menanggung semua kos pembedahan ini,” katanya.
Adik Mohd Khaidill telah dipindahkan dari unit pembedahan ke pusat rawatan rapi hospital itu kira-kira pada jam 8.00 malam.
Menurut pakar pusat perubatan itu, Dr David berkata, berdasarkan perkembangan terkini pesakit akan berada di pusat rawatan rapi hospital itu bagi pemantauan dari semasa ke semasa dalam tempoh 48 jam.
Pesakit telah berjaya menjalani pembedahan penutupan lubang dan pembesaran saiz saluran ke injap pada otot jantung serentak dan aliran oksigen dalam darah yang kembali normal.
Encik Sharifudin juga meminta agar semua rakyat Terengganu untuk turut sama-sama berdoa agar adik Mohd Khaidill selamat dan cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment