Benarkah orang itu menentang keputusan mengadakan mesyuarat KAWAT di bangunan berkenaan atau menentang kehadiran seseorang?
Ayob menganggap penulis ini “tidak cerdik dan seorang yang pendek akal dan cetek ilmu. Bukan sahaja fakta yang salah, malah ia berniat jahat mungkin kerana rasa kurang senang terhadap Rosli sendiri.”
Beliau juga berharap Rosli tidak melayan sangat manusia yang seperti itu. “Dia baru datang ke Terengganu dan mahu berlagak bijak serta pandai tetapi dia tidak sedar sebahagian besar manusia di UKOM meluat dengan dia. Itu masalah dia dan dia punya pasallah…”
Menurut Ayob, “orang itu tidak ada kuasa apa-apa terhadap UKOM dan dia pun bukannya ada kerja sangat selain menulis blog walaupun dibayar gaji begitu besar dengan menggunakan wang rakyat.”
Persoalannya benarkah orang itu kurang senang dengan Rosli atau kurang senang dengan kehadiran seseorang yang sering memfitnah Menteri Besar?
Kata Ayob lagi terhadap orang itu: “…dia (orang ini) tidak pernah susah dalam perjuangan di negeri ini. Dia juga tidak tahu atau jahil mengenai sejarah penubuhan UKOM dan kaitan serta perjuangan KAWAT terhadap UKOM.”
Baca apa yang dikatakan oleh Ayob Mamat:
TERIMA KASIH SETIAUSAHA AKHBAR
Assalamualaikum...
Hari ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) yang telah pun sudi memberikan peluang kepada Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) mengadakan mesyuarat di pejabat unit itu minggu lalu.
Kesudian beliau untuk memberikan kebenaran itu pastinya disebabkan beliau juga adalah seorang ahli KAWAT, Setiausaha Akhbar yang sudah tentu memahami bahawa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya.
Malangnya, ada orang yang tidak suka dengan keputusan Rosli ini dan kemudiannya merapu-rapu dalam blognya.
Penulis itu mungkin tidak cerdik kerana bukan mudah hendak mengesan siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. kalau anda baca pun, akan akan tahu bahawa penulisnya adalah seorang yang pendek akal dan cetek ilmu.
Bukan sahaja fakta yang salah, malah ia berniat jahat mungkin kerana rasa kurang senang terhadap Rosli sendiri.
Secara peribadi, saya berharap Rosli tidak melayan sangat manusia yang seperti itu. orang itu tidak ada kuasa apa-apa terhadap UKOM dan dia pun bukannya ada kerja sangat selain menulis blog walaupun dibayar gaji begitu besar dengan menggunakan wang rakyat.
Manusia itu sememangnya tidak tahu malu dengan tulisannya dan tidak sedar diri bahawa dirinya sampai ke sini ketika semuanya mudah dan senang.
Dia tidak pernah susah dalam perjuangan di negeri ini.
Dia juga tidak tahu atau jahil mengenai sejarah penubuhan UKOM dan kaitan serta perjuangan KAWAT terhadap UKOM.
Dia baru datang ke Terengganu dan mahu berlagak bijak serta pandai tetapi dia tidak sedar
sebahagian besar manusia di UKOM meluat dengan dia. itu masalah dia dan dia punya pasallah.
Nasihat saya kepada Rosli, teruskan perjuangan dan kerja yang ada kaitan dengan saudara. Buat apa nak peduli manusia yang melalak tak tentu pasal yang bersikap serta bertindak lebih sudu dari kuah. hanya semata-mata nak tunjuk dia hebat dan mempertahankan bosnya tetapi dia tak sedar langsung bahawa tulisan-tulisannya sebelum ini banyak menyumbang kepada imej buruk terhadap bosnya.
Nasihat saya kepada Rosli, teruskan perjuangan dan kerja yang ada kaitan dengan saudara. Buat apa nak peduli manusia yang melalak tak tentu pasal yang bersikap serta bertindak lebih sudu dari kuah. hanya semata-mata nak tunjuk dia hebat dan mempertahankan bosnya tetapi dia tak sedar langsung bahawa tulisan-tulisannya sebelum ini banyak menyumbang kepada imej buruk terhadap bosnya.
Pendek kata, ramai yang kian meluat dengan bosnya disebabkan tulisan dia ini.
Saya cadangkan bos dia pecat saja manusia macam ini. Dia datang membawa kerosakkan kat Terengganu ini, bukan menyumbang.
Terima kasih Rosli. terus berjuang bersama kami!
No comments:
Post a Comment