
Itulah sebenarnya sikap Menteri Besar yang mengamalkan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang secara praktiknya mengamalkan ‘turun padang’dan rakyat didahulukan.
Beliau diberikan taklimat oleh pakar perubatan hospital itu, Dr David mengenai penyakit serta prosidur pembedahan Mohd Khadill. Turut hadir ialah Setiausaha Sulit YAB MB, Encik Azman Ghani dan keluarga Mohd Khaidill.
Mohd Khaidill Sharifudin, menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pemeriksaan

Pesakit dari Kampung Lubuk Lesung, Kemaman itu telah dibawa ke hospital berkenaan dan telahpun menjalani pemeriksaan awal penyakitnya pada 1 Disember 2009 lalu, untuk pengesahan tahap penyakit yang dialaminya.
Menurut bapanya, Mohd Khaidill telah dimasukkan pada jam 10.00 pagi kelmarin dengan menjalani beberapa pemeriksaan perubatan seperti x-ray, ujian darah dan berpuasa sejak jam 2.00 pagi tadi untuk persediaan bagi ujian catheter tersebut.
Menurut pakar perubatan Hospital Prince Court, pesakit menghadapi masalah jantung berlubang dan juga mengalami ruang injap pembuluh darah ke paru-paru yang agak sempit akan menjalani pembedahan penutupan lubang dan pembesaran ukuran pada otot jantung serentak bagi memastikan paras oksigen dalam aliran darah yang normal.
Mohd Khaidill dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada 18 Januari 2010, dan menjalani ujian catheter pada jam 9.00 pagi tadi. Berdasarkan keputusan ujian tersebut pesakit berkenaan akan dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 9.00 keesokannya (Rabu).

No comments:
Post a Comment