
"Yang lain-lainnya ialah kereta, mercun, bunga api, arak, telefon bimbit, motosikal dan lain-lain," katanya kepada pemberita kelmarin.
Katanya rampasan terbaru rokok dibuat pada 23 Dis lepas membabitkan 3,330 paket rokok bernilai RM6,400 serta cukai sebanyak RM21,620.30 di Jalan Kuantan-Kemaman.
Pada tarikh yang sama, katanya sebuah MPV disyaki belum lulus kastam dirampas di Pekan Setiu,
Azis berkata pada tahun ini, sebanyak 67 anggota baru akan ditempatkan di negeri ini bagi meningkatkan lagi aktiviti pencegahan penyeludupan melalui jalan laut.
Beliau berkata Kastam telah mengenal pasti lapan tempat dari Kemaman hingga Besut yang menjadi pangkalan penyeludupan rokok melalui laut.
No comments:
Post a Comment