Tuesday, January 19, 2010

KT antara pusat Peperiksaan Syariah RPF

Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) telah melantik Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai fasilitator peperiksaan bagi program Perancang Kewangan Berdaftar Syariah, berkuatkuasa serta merta.

Menerusi MPM, MFPC akan menawarkan empat pengambilan setahun pada permulaannya iaitu Mac, Mei, Ogos dan November.

Pusat peperiksaan adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Program ini telag diluluskan oleh Bank Negara Malaysia sebagai kelayakan profesional untuk permohonan Lesen Penasihat Kewangan dan Lesen Wakil Penasihat Kewangan.

Ia dibuka kepada semua, terutamanya perancang kewangan, agen insuran, agen takaful, agen saham amanah, pegawai bank dan peguam.

Presiden MFPC Kee Wah Soong berkata kerja sama dengan MPM akan mencipta kesan sinergi untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pengamal perancangan kewangan Syariah di Malaysia dan segmen perkhidmatan kewangan pada umumnya.

"Kami juga percaya kerja sama ini akan menyumbang kepada pertumbuhan perbankan dan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman antara MFPC dan MPM kelmarin.

"Bersama-sama MPM, kami berhasrat untuk mengembangkan program ini di universiti dan mungkin ia akan menjadi mata pelajaran pilihan," katanya.

Kee berkata MFPC juga bercadang untuk mempromosikan program ini ke negarnegara serantau seperti China, Indonesia dan Vietnam.

Program Syariah RFP mengandungi tujuh modul perancangan kewangan syariah, termasuk pengurusan risiko dan takaful, perancangan zakat dan takaful, dan perancangan harta syariah.

Kesemua modul melibatkan sekurang-kurangnya 42 jam kuliah.

Majlis Kebangsaan MFPC, bersama-sama dengan Majlis Penasihat Syariah, juga telah menubuhkan Tabung Biasiswa Syariah RFP bernilai RM300,000 untuk menggalakkan perkembangan profesional berterusan di kalangan pengamal perancangan kewangan.

No comments:

Post a Comment