Mereka merupakan kumpulan terakhir daripada seramai 88,449 ahli masyarakat Cina di negeri

Setiap seorang menerima sebanyak RM200.
Menurut Toh, melalui program Bakti Remaja, kerajaan negeri menyediakan dua bentuk kursus iaitu kursus jangka pendek setengah hari dan kursus tiga hari dua malam.
Katanya, program itu bertujuan membentuk jati diri di kalangan generasi muda Cina dalam menghadapi cabaran masa kini.
Sementara itu Toh juga berkata, kira-kira 8,000 penduduk Cina di seluruh negeri akan menerima bantuan sempena Tahun Baru Cina pada 30 Januari ini membabitkan peruntukan RM3 juta.
Katanya, pembahagian bantuan itu akan diadakan serentak di seluruh negeri bagi membolehkan masyarakat Cina membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Februari.
''Setiap yang terpilih itu akan menerima wang tunai antara RM200 dan RM400 seorang,'' ujar beliau.
No comments:
Post a Comment