"Pihak berkuasa Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sendiri telah memberitahu kepada pemaju, kalau boleh kita ingin menjadikan kampus UiTM ini sebagai kampus dalam taman dan ini dapat membantu mengekalkan persekitaran alam semulajadinya."Kita minta mereka menebang pokok hanya di kawasan yang perlu sahaja, tetapi hasil tinjauan hari ini kita nampak banyak (pokok) balak yang telah ditebang," katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan lawatan hampir sehari ke kawasan bekas perlombongan itu di Bukit Besi semalam.
Dalam pembinaan fasa satu Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi, yang membabitkan kos RM54 juta, lebih 25 hektar kawasan telah dibersihkan.
No comments:
Post a Comment